Friday, October 8, 2010

Laporan

Laporan Pesta Pantun Antara Sekolah - Sekolah Menengah Negeri Perak

  Pesta Pantun Antara Sekolah - Sekolah Menengah Negeri Perak telah berlangsung selama tiga hari di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bestari membabitkan sembilan pasukan dari sembilan daerah.Pesta pantun itu telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Perak ,Datuk Mustaffah Othman.Pertandingan ini adalah anjuran Kementerian Pendidikan dengan usaha sama Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bestari.

   Pertandingan pantun tersebut dijalankan secara kalah mati.Dalam setiap pusingan pasukan pemantun menjual dan membeli pantun yang berkisar pada tiga tema.Antara tema - tema itu ialah masyarakat penyayang ,rumahku syurgaku ,Malaysia tercinta ,bahasa jiwa bangsa, keluhuran budi  dan kedaulatan undang - undang.

  Pertandingan pantun bermula pada pukul 9.00 pagi dan berterusan hinggalah petang.Hakim pertandingan terdiri daripada guru - guru sekolah yang terlibat untuk peringkat awal dan lima orang hakim luar bagi peringakat akhir.Pengerusi pertandingan terdiri daripada guru - guru Sekolah Kebangsaan Sri Bestari.

  Sambutan dari sekolah - sekolah yang mengambil bahagian amat menggalakkan.Ada sekolah - sekolah yang menghantar penyokong mereka dengan bas. Sokongan padu seperti ini menaikkan semangat untuk perserta bersaing dan sekaligus menambahkan kemeriahan suasana pertandingan.

  Semua pasukan yang terlibat nampaknya  telah  lama mengadakan latihan dan menumpukan usaha dalam mencipta pantun yang bukan  sahaja indah bahasanya  ,tetapi brsemangat dan bermutu .Namun begitu,terdapat juga beberapa kelemahan dalam pantun yang dipersembahkan ,khususnya pantun yang dibeli.Antara kelemahan tersebut ,termasuklah penggunaan perkataan yang tidak tepat ,maksud kurang jelas ,salah dan salah rima akhir.

    Sepanjang tiga hari pertandingan berlangsung ,semangat bersaing yang positif memang terserlah.Hal ini dibuktikan apabila pasukan - pasukan yang kecundangan tetap bersama sebagai penonton sehingga tamatnya pertandingan Pengarah Pendidikan Negeri Perak ,Datuk Abdul Rahim Hashim yang merasmikan majlis penutupan turut meluahkan rasa bangga atas semangat pertandingan yang ditunjukkan.Dengan nada berguruan ,beliau menyatakan bahawa keindahan pantun terletak pada bahasanya dan keindahan budi perserta pula terletak pada semangat perjuangan mereka.Beliau berharap agar pertandingan pantun ini akan diadakan setiap tahun sebagi salah satu cara mengasah bakat membalas pantun di kalangan pelajar di samping mengekalkan kelangsungan warisan bangsa.

  Pertandingan peringakat akhir memperlihatkan persaingan yang hebat antara Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Razak dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Shah.Pertandingan berakhir dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Razak muncul sebagi juara dan Sekolah Menengah Alam Shah di tempat kedua .Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato'Lokman menduduki tempat ketiga .Miswan Mohd dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Razak muncul sebagai pemantuan terbaik.
 
     Majlis penyampian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Perak.Pasukan juara mendapat wang tunai sebanyak RM600 dan sebuah piala pusingan ,tempat kedua menerima RM 400 dan ketiga RM300.Ketiga - tiga pasukan ini juga menerima trofi individu .Sumbangan hadiah dan sijil ditaja oleh Syarikat Books Center dan Hui Computer Trading.

    Pada keseluruhannya .Pesta Pantun ini dijalankan dengan lancar dan penuh gilang - gemilangan.Para penonton juga telah memberikan sambutan yang menggalakkan dalam menjayakan pertandingan ini.Kejayaan pengelolaan dan persembahan boleh dikatakkan kejayaan pencerminan keindahan warisan budaya Melayu bak kata pepatah 'tak lekang dek panas , tak lapuk dek hujan'

Disediakan oleh ,                                                                                6 OCTOBER 2010

[GOKILAVANEI GNANASEGARAN]                                 
Pencatat dan Pelapor,
Pesta Pantun Antara Sekolah - Sekolah Menengah,
Perak.