Friday, September 17, 2010

Kata - Kata Aluan

                           Semanis Kata
                           Selembut Bicara

  Usaha saya untuk mengkaji tingkahlaku sebagai satu sifat dalam diri manusia telah berjaya dilaksanakan di dalam blog saya.

Namun begitu,sebagaimana yang kita semua sedia maklum blog ini masih belum tercapai sepenuhnya.Oleh itu ,saya akan melaksanakan tanggungjawab saya dalam mempertambahkan baikan blog pengurusan tingkahlaku yang diwujudkan oleh saya dari semasa ke semasa.

Dalam usaha saya untuk memantapkan dan memperkukuhkan blog ini saya mengharapkan adanya sokongan ,kerjasama erat dan usaha yang bersepadu daripada semua pihak yang melihat blog saya ini.Semoga blog kita berjaya dan bakal  menjadikan blog ini setanding dengan blog - blog lain di dunia agar semoga blog pengurusan tingkahlaku ini berjaya dikenali di mata dunia seiring dengan perkembangan sains dan teknologi masa kini.





GOKILAVANEI GNANASEGARAN
PENULIS BLOG PENGURUSAN  TINGKAHLAKU

Monday, September 13, 2010

Prakata

Syukur kepada Tuhan dengan  limpah kurnianya blog ini telah berjaya disiapkan.Blog ini merupakan pengenalan kepada bidang tingkahlaku.iaitu dalam aspek pengajian dan penyelidikan dan juga mengenai sejarah ringkas tentang kajian tingkahlaku manusia pada masa kini.
  Tingkahlaku manusia merupakan satu blog yang dapat ditakrifkan sebagai satu penyisatan dan penyelidikan secara renungan dan penghujahan tentang sumber dan sifat pengetahuan manusia secara keseluruhannya berdasarkan penelitian dan pengkajian terhadap data - data yang diambil dari semua sudut.Dalam blog ini turut dibincangkan tentang masalah tingkahlaku manusia dan juga menyusun galur aliran dan tokoh yang terlibat dalam bidang kajian ini.
  Penulisan blog tentang kajian tingkahlaku ini ,sepanjang yang saya ketahui merupakan percubaan yang pertama dalam  matapelajaran Bahasa Melayu Pengurusan ,maka saya rasa tentu sekali banyak kelemahan dan kekurangannya dalam blog saya.Oleh itu saya menerima dengan hati yang terbuka sebarang pandangan dan ulasan yang membina terhadap blog yang ditulis oleh saya.

Sekian terima kasih

Gokilavanei Gnanasegaran 
Universiti  Utara Malaysia
Kolej Yayasan Melaka

Wednesday, September 8, 2010

Teknik Pengurusan Tingkah Laku

Terdapat beberapa teknik -tenik yang boleh diaplikasiakan untuk menguruskan tingkahlaku di antaranya:
  • Peneguhan
  • Tukar persekitaran fizikal
  • Ubahsuai program pengajaran
  • Guru menukar tingkahlaku sendiri
  • Kualiti guru
  • Penggunaan ganjaran
  • Pembentukan
  • Pengasingan (time-out)
  • Dendaan / hukuman
  • Penghapusan
  • Rakan sebaya (modelling)
  • Bimbingan dan Kaunselling

Sunday, September 5, 2010

Kaedah Lain Untuk Menguruskan Tingkahlaku

Mesej merupakan ekspresi perasaan yang dapat menegur murid secara terus sekiranya mereka sedang melakukan tingkahlaku yang tidak diingini.

Kesan berlogik iaitu penalti dikenakan apabila murid telah melakukan sesuatu tingkah laku.

Pujian  yang diteriama oleh pelajar dengan memuji murid lain yang berjaya menyiapkan tugasan.

Susunan bilik darjah yang menarik dapat merangsang pemikiran pelajar.

Jadual Premack  iaitu guru memberhentikan seketika Pengajaran dan Pembelajaran yang bersifat formal dengan membuat aktiviti seperti bermain, senaman ringan berserta iringan muzik dan lain - lain.

Memperaktikkan Starategi Displin

Antara starategi  displin yang dapat diaplikasikan dalam tingkah laku adalah dengan cara:

  • Mesra dan mudah didekati
  • Uruskan tingkah laku yang spesifik dan terkini
  • Membantu murid membuat penghakiman nilai tentang tingkah laku mereka
  • Membuat perancangan perubahan tingkah laku
  • Mendapatkan komitmen murid untuk menjalankan sesuatu perkara
  • Tindakan susulan untuk kesan keberkesanannya
  • Jangan menghukum murid dengan sikap negatif