Thursday, August 26, 2010

Jenis - Jenis Tingkahlaku

MINOR – tidak memerlukan guru mengambil tindakan disiplin yang serius serta tindakan pemulihan

MAJOR – tingkahlaku bermasalah minor yang  akan bertambah dari segi kekerapan dan jumlah yang menggangu pembelajaran murid.

KRONIK – memerlukan kaunseling serta penggunaan teknik modifikasi tingkah laku

Saturday, August 21, 2010

Kaedah Pengurusan Tingkahlaku

Enam bentuk pengurusan tingkah laku:
~Differential Reinforcement of Other Behaviors (DRO)
~Differential Reinforcement of Alternative Behaviors (DRA)
~Differential Reinforcement of Incompatible Behaviors (DRI)
~Differential Reinforcement of Lower Rates of Behaviors (DRL)
~Differential Reinforcement of Higher Rates of Behaviors (DRH)
~Extinction (Penghapusan)


Huraiannya:
  • Differential Reinforcement of Other Behaviors (DRO) penghilangan tingkah laku bermasalah yang bermaksud peneguh itu tidak lagi diberikan selepas tingkah laku  bermasalah (penghapusan/extinction) tetapi peneguh itu diberikan selepas satu sela masa di mana masalah tingkah laku tidak berlaku.

  • Differential Reinforcement of Alternative Behaviors (DRA) merupakan satu prosedur tingkah laku yang digunakan untuk meningkatkan kekerapan sesuatu tingkah laku yang diingini dan bagi mengurangkan kekerapan tingkah laku yang tidak diingini serta yang diingini  akan dikukuhkan setiap kali ia berlaku.

  • Differential Reinforcement of Incompatible Behaviors (DRI) di mana tingkah laku alternatif itu secara fizikalnya tidak bersesuaian dengan tingkah laku bermasalah. Oleh itu kedua-dua tingkah laku tersebut tidak boleh berlaku pada masa yang sama dan ia melibatkan kita meneguhkan satu tingkah laku yang tidak bersesuaian secara fizikalnya dengan sasarannya.

  • Differential Reinforcement of Lower Rates of Behaviors (DRL) ialah prosedur peneguhan tingkah laku di mana kita meneguhkan tingkah laku  klien atau individu hanya selepas tingkah laku sasaran terjadi pada kadar yang rendah seperti yang telah  ditentukan sebelumnya.

  • Differential Reinforcement of Higher Rates of Behaviors (DRH) ialah prosedur peneguhan tingkah laku di mana kita meneguhkan tingkah laku klien atau individu hanya selepas tingkah laku bersesuaian terjadi pada kadar yang tinggi seperti yang telah ditentukan sebelumnya.

  •  Extinction (Penghapusan) merupakan prosedur lain bagi menghapuskan tingkah laku  yang tidak diingini kebiasanya ia mengambil masa lebih lama berbanding dengan menggunakan hukuman tetapi ia kurang mendatangkan kesan sampingan.

Faktor Yang Mempengaruhi Tingkahlaku

Faktor kepada wujudnya masalah tingkah laku kepada seseorang individu adalah aspek:

  •  Persekitaran iaitu:
~ Persekitaran rumah dengan institusi kekeluargaan yang lemah

~ Persekitaran sekolah yang kurikulum terlalu padat berserta akademikal malahan berfokus kepada
    peperiksaan

~ Fizikal bilik darjah yang padat, panas dan tidak menarik.

  • Strategi Pengajaran dan Pembelajaran iaitu cara penyampaian pengajaran yang membosankandan tidak mempunyai daya penarikan.

  • Pengaruh kawan atau media

  • Keperluan asas tidak dipenuhi

  • Pengabaian oleh ibu bapa , keluarga, guru,serta masyarakat sekeliling

  • Penderaan iaitu:
~Penderaan fizikal iaitu dipukul,dicederakan atau disakiti dengan pelbagai cara

~Penderaan emosi iatu gagal memberikan kasih sayang dan perhatian sepenuhnya.

Kategori Mempengaruhi Tingkahlaku

Terdapat empat bentuk:
  1. Genetik 
  2. Sikap di mana seseorang menilai sesuatu tingkah laku sebagai baik atau tidak serta 
  3. Norma sosial  aitu pengaruh tekanan sosial yang dirasai oleh seseorang untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu tingkah laku
  4. Kawalan kelakuan dengan kepercayaan seseorang tentang betapa mudah atau susah untuk melakukan sesuatu tingkah laku.

Definisi Tingkahlaku

Tingkahlaku manusia merupakan sejenis tingkahlaku yang ditonjolkan oleh manusia yang dipengaruhi oleh budaya, sikap, emosi, nilai, etika, autoriti, hubung baik, pujukan, paksaan, serta genetik. Tingkahlaku merupakan satu faktor yang penting dalam  kehidupan masyarakat manusia. Ini dapat dibuktikan melalui  sudut pandangan humanisme di mana setiap manusia harus mempunyai tingkahlaku yang berbeza. Tingkahlaku manusia ini dapat dikaji dalam disiplin akademik seperti psikologi, kerja sosial, sosiologi, ekonomi, dan antropologi.Pengurusan tingkahlaku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.